Saturday, 26 September 2020

updated 6:28 AM UTC, Sep 26, 2020

Jabatan Kesihatan Labuan komited, pastikan Pulau Bebas Cukai bebas daripada wabak coronavirus

  • Published in Berita Semasa

LABUAN, 28 Jan - Jabatan Kesihatan Labuan komited memastikan Pulau Bebas Cukai ini bebas daripada wabak coronavirus.

Untuk itu pengawasan di pintu-pintu masuk utama seperti di lapangan terbang, terminal kapal ekspres dan feri kenderaan dipergiatkan.

Jabatan Kesihatan Labuan menjalin kerjasama dengan Jabatan Laut Labuan terhadap kemasukan kapal-kapal kontena yang ingin berlabuh di pelabuhan Labuan untuk dibuat saringan sebelum melakukan pendaratan.

Ini dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari ketika diminta mengulas mengenai status coronavirus di Labuan.

Beliau turut menegaskan bahawa wilayah ini masih bebas daripada virus berkenaan dan dalam keadaan terkawal.

Tambahnya, cuti rehat untuk kakitangan kesihatan juga dibekukan, sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya virus tersebut merebak termasuklah melakukan pemantauan terhadap warga tempatan yang melancong atau pun kembali dari negara luar negara terutama China.

Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat serta berita palsu yang ditularkan di laman sosial berikutan kes-kes coronavirus tersebut.