Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

KPDNHEP akan ambil tindakan kepada pihak yang menaikkan harga penutup mulut dan hidung

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Orang awam mula meningkatkan tahap keselamatan kesihatan diri dengan memakai penutup mulut dan hidung, ada pihak cuba menaikkan harga barangan tersebut.

Justeru Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd Aziz memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan.

Menerusi kenyataan, harga maksimum telah ditetapkan untuk 5 jenis topeng muka dibawah akta kawalan harga dan anti pencatutan 2011.

Sebarang pelanggaran dibawah peruntukan akta tersebut, individu yang terlibat boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga 100 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau keduanya atau dikompaun sehingga 50 ribu ringgit

Manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga 500 ribu ringgit atau dikompaun sehingga 250 ribu ringgit .

Pemantauan berterusan turut akan dilakukan menerusi 2 ribu 300 anggota penguatkuasa yang akan membuat pemeriksaan di seluruh negara bermula 25 januari lalu.