Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang,menafikan HSJ telah menerima kes pertama Coronavirus melibatkan dua warganegara China.

  • Published in Berita Semasa

PULAU PINANG - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, JKPP turut menafikan satu kenyataan yang mendakwa Hospital Seberang Jaya, HSJ telah menerima kes pertama Coronavirus melibatkan dua warganegara China.

Sehingga semalam, tiada sebarang kes berkaitan jangkitan virus berkenaan yang dimasukkan ke mana-mana hospital di negeri itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, JKPP berkata, berita itu telah tular menerusi aplikasi Whatsapp.

Sehubungan itu, pihaknya menasihati orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kerisauan masyarakat.