Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Tindakan tegas akan dikenakan kepada penyebar berita palsu

  • Published in Berita Semasa

 

 

 

 

KUALA LUMPUR - Susulan tular berita palsu itu juga tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak sahih tentang penularan Novel Koronavirus di Malaysia.

Perbuatan penyebaran berita palsu yang menyebabkan ketakutan, panik, kegusaran umum, menimbulkan kekecohan dan memudaratkan kestabilan negara akan dipandang serius tanpa toleransi.

Dalam kenyataan media bersama oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi platform utama penularan berita palsu mengenai wabak ini.

Pihak PDRM dan SKMM turut mengenalpasti 4 individu untuk membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkenaan.

Tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan boleh di ambil yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, penyebar berita juga boleh di dakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia dengan hukuman denda RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi KKM atau Badan Kesihatan Antarabangsa bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih berhubung Novel Koronavirus ini.