Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Orang ramai perlu ambil langkah proaktif membendung penularan wabak Coronavirus -Kementerian Kesihatan

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Orang ramai perlu mengambil langkah proaktif menjaga kebersihan bagi membendung penularan wabak Coronavirus di negara ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Sektor Survelan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Wan Noraini Wan Mohamed menjelaskan virus tersebut merupakan virus baharu dan sesiapa sahaja berpotensi untuk dijangkiti.

Katanaya, ini berikutan sistem pertahanan badan tidak mampu untuk melawan virus berkenaan daripada merebak terutama individu yang mempunyai sejarah lawatan ke negara yang terlibat.

Kajian lebih terperinci perlu dilakukan berhubung dakwaan yang mengatakan virus berkenaan boleh berjangkit melalui mata.

Terdahulu Dr Wan Noraini mejadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.