Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Semua kemudahan imigresen tanpa visa kepada rakyat China digantung berkuatkuasa serta merta

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan imigresen iaitu kemudahan tanpa visa (eNTRY),Visa semasa Ketibaan, e-visa , dan visa manual kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei, digantung sementara, berkuatkuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media memaklumkan, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan Coronavirus baharu 2019 di China khususnya di wilayah Hube

Kemudahan imigresen itu akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal.

Untuk itu, Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan itu bersama pihak berkuasa China.

Kenyataan itu menyebut, kerajaan telah mengikut prosedur yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan mendapatkan nasihat pakar untuk membendung jangkitan itu daripada meluas.

Kerajaan juga mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah dan palsu berkenaan wabak tersebut yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.