Tuesday, January 28, 2020

updated 2:57 PM UTC, Jan 28, 2020

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pertingkat pemeriksaan kesihatan

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU SABAH - 24 Feb. Susulan penularan wabak Coronavirus di Wuhan China, pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu turut mempertingkat pemeriksaan kesihatan terhadap semua penumpang.

Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan anggota Kementerian Kesihatan mula dilaksana sejak 4 Januari lepas.

Menurut Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, Datuk Frankie Poon, pengasingan akan dilakukan sebaik sahaja terdapat penumpang yang dikesan atau disyaki menghidap virus berkenaan.