Friday, October 18, 2019
updated 10:23 AM UTC, Oct 18, 2019

Surat palsu menggunakan tandatangan pegawai MCMC : Laporan polis dibuat

  • Published in Berita Semasa

KENYATAAN MEDIA


CYBERJAYA - Satu laporan polis dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC ekoran tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan surat palsu menggunakan tandatangan pegawainya.

MCMC menafikan ada menegeluarkan sebarang surat kelulusan berkenaan projek membina dan menyiapkan 25 struktur menara dan kerja-kerja berkaitan komunikasi di Semporna, Sabah.
Dalam kenyataan media, MCMC bertegas penyebaran surat menggunakan nama pengarah wilayah Sabah dan Wilayah Perseketuan Labuan itu adalah palsu dan tidak mempunyai kaitan.

Pihaknya juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak berkenaan.

Pada masa sama, orang ramai diminta berwaspada terhadap penipuan menggunakan surat rasmi MCMC dan tanda tangan pegawainya bagi menawarkan sebarang projek kepada mana-mana pihak.