Monday, August 26, 2019
updated 5:31 AM UTC, Aug 26, 2019

Kempen 'GREEN HAJ' di Mina : Bertujuan menjaga alam sekitar di kawasan maktab

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM


MINA, ARAB SAUDI - Jika tahun lepas, jemaah haji Malaysia dipuji Kerajaan Arab Saudi kerana kejayaan kempen kebersihan di Mina, tahun ini pula Malaysia sekali lagi dipilih untuk melaksana kempen terbaru yang dikenali sebagai “Green Haj”.

Berbeza dengan kempen kebersihan, “Green Haj” bertujuan menjaga alam sekitar di kawasan maktab jemaah dengan mengasingkan barang terbuang.
Salah satu Maktab jemaah haji Malaysia iaitu Maktab 80, dipilih kerajaan Arab Saudi untuk program perintis bagi kempen 'Green Haj' di Mina.

Kempen terbaharu ini merupakan usaha kerajaan Arab Saudi dengan dikendalikan pihak Muassasah Asia Tenggara.

Tahun ini, 5 maktab dipilih sebagai maktab contoh kepada 'Green Haj' iaitu Maktab 80 mewakili Malaysia bersama empat lagi maktab jemaah haji Indonesia.

Beliau ditemui selepas pelancaran Kempen Kebersihan Masyair di Mina yang turut dihadiri Ahli Lembaga Muassasah Asia Tenggara Sheikh Emad Fatani dan Rais Maktab 80, Ali Hussin Bondagjji.

Tambahnya, ketika di Arafah dan Muzdalifah, jemaah haji juga berjaya menunjukkan disiplin yang tinggi dalam memastikan khemah dan penginapan masing-masing dalam keadaan bersih sebelum ditinggalkan.

Sementara itu, pihak Berkuasa Statistik Arab Saudi menyatakan angka rasmi jemaah musim haji 1440 Hijrah ialah seramai 2.49 juta dengan 1.85 juta daripadanya adalah dari luar Arab Saudi.

((RTM / SHAHRIL SARAPUDIN-MAKKAH))