Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Sah mayat Nora Anne - Ketua Polis Negeri Sembilan

  • Published in Berita Semasa

 

SEREMBAN - Mayat yang ditemukan berdekatan kawasan sebuah resort di Pantai, Seremban tengah hari tadi telah disahkan sebagai mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop keluarga mangsa telah hadir ke Hospital Tuanku Jaafar sekitar pukul 8 malam tadi bagi membuat pengecaman mayat.

Proses bedah siasat akan dilakukan pada esok dan dijangka dikemudi oleh Ahli Patologi berpengalaman dari Kuala Lumpur.

Beliau bercakap demikian ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Dalam pada itu, polis sentiasa bersiap siaga dalam dalam apa jua situasi untuk mengambil tindakan lanjut berkenaan kes ini. 

Terdahulu, Nora Anne Quoirin bersama bapanya dari London manakala ibunya dari Singapura datang secara berasingan ke negara ini untuk bercuti.

Namun, mangsa yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarga pada 4 Ogos sekitar pukul 7 pagi.

((RTM NEGERI SEMBILAN / SHIKIN))