Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Tabung Haji nafi jemaah meninggal dunia akibat terowong sesak di Mina : Keadaan jemaah Malaysia terkawal dan selamat

  • Published in Berita Semasa

FOTO - TH

 

MINA, ARAB SAUDI - Tabung Haji mengesahkan keadaan kesemua khemah serta Jemaah Haji Malaysia adalah terkawal dan selamat dan tiada ancaman nyawa dan kecederaan yang dilaporkan berikutan hujan lebat di Mina semalam.

Pihak berkuasa Bomba Arab Saudi juga mengarahkan bekalan elektrik ditutup untuk mengelakkan insiden kejutan elektrik dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada pukul 7:10 malam semalam.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan, Rata-rata kerosakan di khemah secara umumnya hanya pada karpet-karpet yang basah di dalam khemah setelah dimasuki air hujan.

Pihak Muassasah Asia Tenggara telah menggantikan sebahagian karpet-karpet tersebut dan mengedarkan plastik hitam sebagai alas.

Jemaah Haji Malaysia juga telah menggunakan tikar plastik yang dibekalkan semasa di Malaysia lagi sebagai alas.

Para Jemaah Haji juga telah bekerjasama membersihkan kawasan khemah yang terjejas secara bergotong-royong

Berikutan hujan lebat, jadual melontar pada waktu petang telah ditangguhkan kepada pukul 8:20 malam semalam.

Keadaan di Mina telah kembali pulih seperti sediakala pada pukul 8:00 malam semalam.

Tabung Haji dalam kenyataan di Facebook turut menafikan penularan tentang kematian jemaah haji akibat kesesakan di Terowong Muassim ketika hujan semalam.

Untuk makluman, sehingga 13 Ogos 2019 atau 12 Zulhijjah sebahagian Jemaah Haji Malaysia telah bertolak dari Mina ke Makkah setelah melakukan Nafar Awal.