Monday, August 26, 2019
updated 5:31 AM UTC, Aug 26, 2019

Lot jual produk IKS di semua Lapangan Terbang Antarabangsa jaya kempen Tahun Melawat Malaysia

  • Published in Berita Semasa

 


KOTA TINGGI - Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang dalam proses membuka lot kedai berkaitan produk Industri Kecil dan Sederhana, IKS serta pelancongan di 6 Lapangan Terbang Antarabangsa seluruh negara.

Ia sebagai salah satu inisiatif memperkenalkan produk-produk luar bandar kepada pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, proses mengenalpasti produk serta lot kedai yang bersesuaian sedang dijalankan ketika ini.

Sebagai permulaan, sebuah Kiosk di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi telah dibuka bagi mendapatkan maklum balas awal para pelancong.

Antara lot kedai yang dikenalpasti ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Senai, Johor Bahru, Langkawi, Kedah dan Kuching, Sarawak.

Kedai-kedai tersebut juga akan dibuka dengan konsep yang mampu menarik perhatian pelancong.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Korban Perdana dan Kenduri Rakyat oleh Srikandi Bersatu di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor.