Monday, August 26, 2019
updated 5:11 AM UTC, Aug 26, 2019

2 maut dan 3 selamat dalam kejadian kebakaran sebuah rumah kedai di Johor Bahru

  • Published in Berita Semasa

 

 

JOHOR BAHRU - Dua wanita maut dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor, awal pagi tadi.

Tiga lagi mangsa yang berada di rumah tersebut bagaimanapun selamat.

Komander Operasi, Inggai anak Bakau berkata, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia berusia lingkungan 20an dan 70an.

Manakala mangsa yang terselamat berusia dalam lingkugan 30an dan 40an.

Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun turut berjaya diselamatkan bomba dan penyelamat.

Enam jentera dari balai Iskandar Puteri, Larkin dan Skudai digerakkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

Punca sebenar kejadian masih disiasat.