Monday, December 9, 2019
updated 5:14 AM UTC, Dec 9, 2019

Cukai LHDN : Ahli sukan diminta isytihar sertai program PKPS

  • Published in Berita Semasa

FOTO HIASAN


Atlet negara dinasihatkan segera tampil mengisytihar cukai pendapatan sebenar mereka sebelum 30 September ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela, PKPS.

Pengarah Bahagian Komunikasi LHDN, Syarein Abu Samah berkata pengisytiharan turut membabitkan atlet profesional seperti pemain bola sepak dan pasukan terutama yang mempunyai dua kontrak bagi mengelak penipuan cukai.

Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu membuat penyata tidak betul dengan meninggalkan atau mengasingkan apa-apa pendapatan yang dikehendaki oleh Akta untuk membuat pulangan bagi pihak dirinya atau orang lain.

LHDN memandang serius aktiviti seperti itu dan berharap pihak berkenaan mengambil peluang menyertai PKPS yang sedang ditawarkan.

Menerusi program itu, pihak yang mempunyai permasalahan cukai hanya akan dikenakan penalti rendah antara 10 hingga 15 peratus.