Monday, December 9, 2019
updated 4:42 AM UTC, Dec 9, 2019

Ibadah Korban di RTM dilakukan setiap tahun santuni masyarakat setempat

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM


ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR - Seharusnya, sambutan raya Aidiladha 2019 terus disambut meriah menerusi penganjuran aktiviti korban di seluruh negara.

Tidak ketinggalan Jabatan Penyiaran Malaysia RTM turut sama melaksanakan Ibadah Korban di Masjid Muhammadi, Angkasapuri.

Menurut Pengarah Program Majlis korban seramai 50 peserta yang terdiri daripada kakitangan RTM terlibat dalam program tahunan ini.

Sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada fakir miskin dan kakitangan yang terlibat.

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Abdul Muis Shefii dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan RTM, Datuk Mohamed Irwan Mansor.