Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Ibadah korban di Kelantan : Sultan Kelantan sempurnakan ibadah korban

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM

 

KOTA BHARU - Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke lima berkenan berangkat ke Majlis Qurban Jama’ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi menyempurnakan ibadah korban membabitkan 39 ekor lembu.

Berangkat sama, Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Ab Aziz.
Program berlangsung di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad yang mengenakan jaket hitam dan bertopi turut berkenan menyembelih dua ekor lembu.

Menurut Tan Sri Tengku Muhammad Rizam yang juga Yang Dipertua (YDP) MAIK, daging yang telah siap dilapah akan diagih kepada seribu 500 asnaf dan fakir miskin sekitar Kota Bharu.

Agihan dibuat di dua lokasi utama iaitu Masjid Panji dan Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Sementara itu, MAIK juga akan mengadakan korban perdana membabitkan 40 ekor lembu di perkampungan Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang, 14 Ogos depan.