Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Selebriti Berkolaborasi Jaya Kempen Antibuli Siber

  • Published in Berita Semasa
Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Selebriti terkenal tanah air tampil berkolaborasi bagi menjayakan kempen 'Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu' bagi menangani serta memerangi gejala buli siber dan penyebaran berita palsu di laman media sosial.

Bertemakan 'Sebar Fakta Bukan Dusta' dan 'Aku Bersamamu' kempen yang mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang hak-hak melindungi diri daripada buli siber dan penyebaran maklumat palsu.

Kempen yang dicetuskan oleh selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali Neelofa dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Tujuannya bagi  memerangi berita palsu melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengambil kira  kedudukan dan pentingnya di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan kempen tersebut.

((BERNAMA))