Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

Penyandang BN Tak Terpilih Diminta Bantu Calon Baharu

  • Published in Berita Semasa

Foto: BERNAMA

PAHANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, DUN daripada BN yang tidak terpilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 supaya  terus membantu calon baharu yang terpilih menggantikan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pesanan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN semasa perjumpaan dengan semua anggota Parlimen BN di Seri Perdana, Putrajaya.

Beliau menegaskan demikian selepas merasmikan Ibu pejabat Polis, IPD di Bera, Pahang. 

((RTM/PAHANG))