Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 2:14 PM UTC, May 24, 2018

Semua IPD Dan Balai Polis Akan Diperkasakan Seiring Dengan Keberkesanan Dan Kecemerlangan Pasukan Elit Khas PDRM

  • Published in Berita Semasa

BERA - Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis akan diperkasakan seiring dengan keberkesanan dan kecemerlangan pasukan elit khas PDRM.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kecemerlangan pasukan elit khas dalam membanteras jenayah berkait rapat dengan sumbangan kepakaran daripada IPD dan balai polis.

Selain mewujudkan suasana kerja yang kondusif, pemodenan atau pemantapan IPD dan balai polis, penting dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

((BERNAMA))