Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

#PRU14: PM Nasihat Anggota Parlimen Untuk Kekal Kesetiaan Kepada BN

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua anggota komponen parti Barisan Nasional (BN) dan anggota-anggota Parlimen BN bersatu padu dan kekal setia kepada parti.

Amanat itu disampaikan beliau dalam pertemuan khas bersama anggota Parlimen BN di Seri Perdana yang berlangsung kira-kira setengah jam bermula 9 pagi tadi.

Beberapa anggota Parlimen BN yang keluar dari perkarangan Seri Perdana kelihatan ceria sambil menurunkan tingkap kenderaan masing-masing untuk melambai tangan kepada para media yang berkumpul di luar Seri Perdana sejak 8 pagi.

Penyandang kerusi Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Parlimen atas perkhidmatan mereka sepanjang penggal ini.

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau berkata pertemuan hari ini dianggap istimewa kerana Datuk Seri Najib menyampaikan ucapan yang menyentuh hati mengenai setiakawan dan kesetiaan kepada pemimpin. 

Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam Datuk Liang Teck Meng yang juga Setiausaha Agung Gerakan berkata pertemuan tersebut telah berlangsung dengan baik 

Penyandang kerusi Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan berkata Datuk Seri Najib juga menasihatkan anggota  Parlimen untuk mengekalkan semangat kepada perjuangan BN sama ada dicalonkan pada PRU nanti atau tidak.

((BERNAMA))