Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Semakan Tempat Mengundi Boleh Dibuat Mulai Hari Ini

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Mulai hari ini, semua pemilih berdaftar boleh membuat semakan mengenai maklumat lengkap daftar pemilih mereka yang terkini untuk mengetahui tempat mengundi masing-masing.

Semakan daftar pemilih Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih MySPR Semak yang boleh dimuat turun secara percuma.
  
Menurut Pengarah Pilihan Raya Negeri Sembilan,Afizam Abdullah Sani, semakan perlu dibuat setelah kajian persempadanan semula dibuat mengikut Lat lapan tahun kerana apabila demografi penduduk berubah, infrastruktur juga turut berubah dalam tempoh tersebut.

((RTM / TV))