Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

MARA Terus Jadi Kebanggaan Bumiputera - PM

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - MARA akan terus wujud dan berkembang sebagai institusi kebanggaan Bumiputera selagi di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Jaminan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak itu berdasarkan empat sebab utama.

Katanya, kewujudan MARA ada kaitannya dengan perlembagaan UMNO untuk memperjuang hak-hak orang Melayu dan Bumiputera; dan MARA adalah wahana penting merealisasikan perjuangan berkenaan.

Selain itu, penubuhan MARA itu sendiri dekat dengan hati beliau kerana institusi itu diasaskan dan sebati dengan perjuangan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sebagai anak, beliau akan meneruskan perjuangan bapanya itu.

Dato Sri Najib berucap demikian pada Himpunan Saya Anak MARA di Subang, Selangor. Lebih 6 ribu anak MARA hadir bagi menzahirkan rasa terima kasih dan sokongan kepada kerajaan dalam memperkasa agenda pemerkasaan bumiputera.

((BERNAMA))