Wednesday, July 18, 2018
vital-top
updated 1:46 AM UTC, Jul 18, 2018

Malaysia Diiktiraf Negara Paling Berjaya Bantu Golongan Miskin

  • Published in Berita Semasa
Foto - Bernama

PEKAN – Malaysia diiktiraf sebagai negara paling berjaya di dunia dalam soal membantu golongan susah dan berpendapatan rendah menerusi pelbagai dasar yang telah dilaksanakan  kerajaan  sejak dahulu hingga sekarang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata dasar itu dilaksanakan secara konsisten sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein iaitu ayahanda beliau sendiri dengan mewujudkan  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda).

Katanya ia diikuti dengan penubuhan pelbagai agensi lain seperi Felcra, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (Tekun), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 1987 yang menjadi antara medium untuk golongan itu mengubah corak kehidupan mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar  Malaysia (AIM) Parlimen Pekan di sini.

Katanya hasil bantuan dan pinjaman yang diberikan oleh AIM sejak ditubuhkan, seramai 726, 891 peminjam telah mendapat faedah melibatkan pinjaman RM19.2 bilion.

Katanya telah banyak contoh kejayaan usahawan AIM yang dapat disaksikan di seluruh negara termasuk seorang daripada (mereka) hanya seorang suri rumah dari Kelantan yang pada mulanya hanya peniaga ayam, kini menjadi seorangan usahawan berjaya dengan memiliki aset yang banyak.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Datuk Seri  Najib turut mengumumkan penambahan peruntukan khas kepada AIM sebanyak RM100 juta pada tahun ini bagi menambah had pembiayaan pinjaman I-Sejahtera daripada RM10,000 kepada RM15,000.

Dalam masa yang sama had pinjaman I-Wibawa turut ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM15,000.

((BERNAMA))