Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

Kejayaan Malaysia Terima Unjuran Bank Dunia Bukti Ekonomi Semakin Pesat

  • Published in Berita Semasa
Foto - Bernama

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Malaysia memperoleh penilaian  semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak empat kali dalam tempoh masa hanya setahun empat bulan daripada Bank Dunia mencerminkan ekonomi negara berada dalam landasan baik dan semakin pesat.

Perdana Menteri juga menyifatkan kejayaan itu sebagai suatu pengiktirafan kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang memperoleh empat unjuran  dalam tempoh masa tersebut.

Beliau berucap pada majlis pecah tanah  Projek Menaik Taraf  Jalan Persekutuan  dari Bandar Pekan ke Kampung Sungai Miang di sini.

Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya juga bukan hanya melihat kepada pertambahan hasil negara, tetapi bersikap menyeluruh apabila berpegang kepada prinsip dan falsafah berkongsi kekayaan negara dengan rakyat secara keseluruhannya.

 

Pada majlis itu, Datuk Seri Najib juga mengumumkan pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Persekutuan dari Bandar Pekan ke Kampung Sungai Miang di sini, sepanjang 14.7 kilometer (km)  melibatkan peruntukan RM338 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, RM25 juta adalah kos pengambilan tanah dan projek yang dilaksanakan oleh syarikat kontraktor Teras Sari Resources Sdn Bhd dijangka siap pada 28 Feb 2022.

((BERNAMA))