Monday, August 26, 2019
updated 3:47 AM UTC, Aug 26, 2019

Perdana Menteri berbual dengan Sophia, robot humanoid

  • Published in Berita Semasa

FOTO - FB PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berpeluang berbual bersama robot yang bercirikan manusia bernama Sophia.

Robot itu memperlihatkan pelbagai aksi dan raut wajah selain menjawab soalan dikemukakan Tun Dr Mahathir.

Sophia turut menyanyikan lagu kegemaran Tun Dr Mahathir iaitu MY WAY.

Sophia menjawab persoalan diajukan Perdana Menteri dengan fakta dan secara santai.

Sophia juga mempunyai kelebihan melukis potret wajah Tun Dr Mahathir dan memberikan hasil seni itu di hujung sesi.