Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

Tingkat pelabur dan daya saing : PKS, syarikat tempatan disaran teraju transformasi digital

  • Published in Berita Semasa

 

FOTO - FB PM

KUALA LUMPUR - Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS serta syarikat tempatan disaran menerajui transformasi digital, bagi menarik pelabur dan mempertingkat daya saing.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, ini bagi mempersiap mereka dengan trend peralihan rantaian nilai pembuatan global, ke rantau Asean.

Justeru, bagi membangunkan rangka tindakan ekonomi disokong IR 4.0, kerjasama kukuh antara agensi kerajaan berkaitan dengan syarikat terlibat perlu diwujudkan.

Langkah awal, ialah dengan membangunkan ekosistem industri 4.0 melalui pemain industri dan tenaga kerja mahir.

Perdana Menteri berucap pada Persidangan Melangkaui Paradigma 2019 di ibu negara.