Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Tambah 13 kerusi DUN Sabah diluluskan

  • Published in Berita Semasa

FOTO HIASAN

PARLIMEN - Usul Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Sabah, diluluskan.

Antara kandungan utama usul tersebut bagi menambah 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.

Terdahulu ketika membentangkan usul tersebut Tun Dr Mahathir berkata, kajian persempadanan itu diharap membantu meningkatkan pembangunan rakyat dan fizikal di Sabah.
Terdapat tujuh faktor SPR melakukan syor tersebut untuk Sabah.

Antaranya, faktor kepadatan penduduk dan pertumbuhan pemilihan, bentuk georgrafi atau muka bumi atau keluasan bahagian pilihan raya.

Pada 18 Ogos 2016, DUN Sabah telah menguatkuasa pindaan Undang-Undang ke atas Fasal (2) Perkara 14, Perlembagaan Negeri Sabah berhubung komposisi keanggotaan DUN daripada 60 kerusi kepada 73 kerusi.

Sehubungan itu SPR mengesyorkan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sabah ditambah 13 Bahagian.

Ia membabitkan kawasan Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.