Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Kutipan cukai keuntungan hartanah hampir RM92 juta

  • Published in Berita Semasa

FOTO HIASAN

PARLIMEN - Di Dewan Rakyat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan, hampir RM92 juta kutipan Cukai Keuntungan Harta Tanah CKHT diperoleh, melalui aktiviti pelupusan hartanah untuk tempoh pegangan melebihi lima tahun.

Jumlah itu direkodkan setakat 9 Julai lalu.

Kutipan cukai tertinggi melibatkan kategori syarikat, iaitu RM60.636 juta, daripada 553 syarikat.

Ini diikuti RM3,760 individu warganegara dan pemastautin tetap, RM29.143 juta.

221 individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap pula merekodkan jumlah CKHT RM2.088 juta.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

Mengulas cadangan pengecualian CKHT kepada pelupus hartanah komersil, Guan Eng berkata, perkara mengenainya akan dipertimbang. Sekiranya Kementerian Kewangan bersetuju, pengumuman akan dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2020, Oktober depan.