Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Petik herba, warga emas 85 tahun terjatuh ke dalam gaung

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM


BATU PAHAT - Seorang warga emas berusia 85 tahun cedera selepas terjatuh ke gaung sedalam 3 meter berdekatan SJK Cina Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat Johor.

Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang semalam, mangsa, Chua Yu Kong , seorang diri untuk memetik herba.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan 2, Omar Yusof berkata, mangsa dipercayai terjatuh akibat permukaan tanah yang licin dan tidak rata.

Sekumpulan remaja yang lalu di kawasan tersebut menghubungi 999 untuk memohon bantuan.

7 anggota dari Balai bomba dan Penyelamat, BBP Batu Pahat dan 2 buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Kerja-kerja menyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit. Mangsa dihantar Hospital Sultanah Nora Ismail untuk rawatan lanjut.

((RTM  JOHOR / NAJIHAH HARUN))