Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Pelaksanaan subsidi petrol RON 95 bersasar dalam proses akhir untuk dimuktamadkan - Datuk Seri Saifuddin Nasution

  • Published in Berita Semasa

KEDAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP dan Kementerian Kewangan, kini dalam proses akhir memuktamadkan pelaksanaan subsidi minyak petrol RON 95 bersasar.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pelaksanaan sepatutnya telah bermula suku kedua tahun ini namun dianjakkan, bagi memastikan mereka yang benar-benar layak menerimanya, selain tiada yang tercicir.

Bercakap di Kubang Pasu, Kedah, beliau menjelaskan kementerian juga bersedia bekerjasama dengan pemegang taruh dan media bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung subsidi minyak petrol RON95, bersasar.