Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Pemandu e-hailing diberi tempoh 3 bulan patuhi syarat - Menteri Pengangkutan

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Kesemua pemandu 'e-hailing' yang masih belum mematuhi syarat-syarat ditetapkan kerajaan, dibenar meneruskan operasi mereka selama 3 bulan mulai hari ini.

Ketetapan itu dibuat Jemaah Menteri, yang mahu perkhidmatan 'e-hailing' dilaksana melalui pendekatan berperingkat-peringkat.

Menerusi satu kenyataan media, Kementerian Pengangkutan memaklumkan, yang pendekatan penguatkuasaan berbentuk mendidik para pemandu 'e-hailing' dilaksana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mana-mana pemandu yang memandu tanpa Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam PSV atau memandu kenderaan yang tidak memenuhi syarat kenderaan akan diberi nasihat, pendidikan dan amaran akhir supaya melengkapkan semua peraturan terlibat.

Keseluruhannya, 22,981 calon telah lulus ujian PSV.

Sehingga 11 Julai lalu, 31 buah syarikat Perniagaan Pengantaraan (E-H-O) telah diluluskan permohonan untuk mendapatkan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) dari Agensi Pengangkutan.

E-H-O selaku pemegang L-P-P yang sah perlu memastikan syarat dan peraturan ditetapkan dipatuhi, dan kadar komisen yang dikenakan kepada pemandu e-hailing pada kadar maksimum 20 peratus sahaja.

Manakala kadar komisen kepada pemandu teksi yang beroperasi melalui aplikasi 'e-hailing' pada kadar maksimum 10 peratus