Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Warga emas wanita jadi sasaran kumpulan samun

  • Published in Berita Semasa

 

FOTO - RTM


PULAU PINANG - Kumpulan samun dan ragut yang menyasarkan wanita warga emas di Pulau Pinang, Kedah dan Perak tumpas selepas sepasang suami isteri dan dua rakan mereka ditahan polis.

Keempat-empat individu itu terlibat dengan kegiatan tersebut sejak tahun lepas dan hidup berpindah-randah bagi mengelak dijejaki polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Samah berkata suspek ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah di Pokok Sena, Kedah dan sebuah lagi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pelbagai barangan kemas dipercayai hasil kegiatan jenayah kumpulan itu, selain sejumlah nombor pendaftaran palsu, dipercayai untuk dipasang pada motosikal-motosikal yang mereka gunakan untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka dirampas.

Turut ditemukan, 10 bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah syabu.

Suspek direman seminggu bagi membantu siasatan.