Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Perbicaraan kes rasuah Tengku Adnan : Saksi ke-16 diarahkan bayar RM2 juta kepada THSB

  • Published in Berita Semasa

 

FOTO - RTM


KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah berjumlah RM2 juta melibatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengurus Kewangan, Lai Vui Kong memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Pengarah Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong mengarahkannya membuat bayaran RM2 juta kepada Tadmansori Holdings Sdn Bhd, syarikat yang Datuk Seri Tengku Adnan mempunyai saham terbesar.

Lai yang merupakan saksi ke-16 berkata Tan Sri Chai mengarahkannya berbuat demikian tanpa merujuk dokumen sokongan lain.

Saksi turut memaklumkan beliau tidak mengetahui tujuan bayaran kepada THSB dan sama ada syarikat tersebut mempunyai sebarang urusan dengan Aset Kayamas.

Selepas menerima arahan tersebut, beliau ada menyemak akaun bank Aset Kayamas dan mendapati baki dalam akaun syarikat tersebut cukup untuk membuat bayaran berkenaan.

Saksi memaklumkan beliau ada mengesahkan Baucer bayaran bertarikh 14 Jun 2016 dan diluluskan Tan Sri Chai Kin Kong.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Selasa depan.