Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Op Bersih : 11 premis diarah tutup, tahap kebersihan tidak memuaskan

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM


SEREMBAN - Sebanyak 48 buah premis makanan sekitar Seremban diperiksa dalam Operasi Bersepadu Premis Makanan (Op Bersih) oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban. 

Daripada jumlah itu, 11 premis diperintahkan tutup ekoran tahap kebersihan tidak memuaskan.

Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan, perintah penutupan itu adalah berdasarkan kesalahan di bawah Seksyen 11- Akta Makanan 1983, Seksyen 32 - B dalam Akta sama selepas mendapati melakukan pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM) dengan jumlah kompaun keseluruhan bernilai RM30,050.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan di beberapa premis makanan di Seremban.

Sehingga Jun lalu, sebanyak RM4,474 premis makanan diperiksa membabitkan 46 premis diperintahkan tutup serta 1,022 notis dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dengan jumlah kompaun keseluruhan bernilai RM290,100.