Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Pencemaran udara : Kilang kitar semula logam digantung lesen

  • Published in Berita Semasa

 

 

SEGAMAT - Sebuah kilang kitar semula logam di Kawasan Perindustrian Dua, Segamat, digantung lesen operasinya selepas pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar, JAS mendapati pencemaran udara di beberapa kawasan di daerah itu berpunca daripada kilang berkenaan.

Kilang itu didapati melakukan penambahan sistem pemprosesan logam tanpa kebenaran JAS dan melanggar peraturan-peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Operasi dijalankan JAS Johor cawangan Muar, Jabatan Penguatkuasaan dan Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Segamat, MPS dan PDRM Segamat.

Siasatan mendapati kilang itu mempunyai lesen perniagaan yang diluluskan.