Monday, September 16, 2019
updated 1:12 PM UTC, Sep 16, 2019

Operasi Bersepadu : JAS serbu kilang dipercayai operasi secara haram

  • Published in Berita Semasa

FOTO - AQEELA


PASIR GUDANG - Tiga kilang dipercayai beroperasi secara haram di Pasir Gudang, Johor diserbu, petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar menahan operasi, kelengkapan serta peralatan terhadap satu kilang manakala pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bertindak menyita ketiga-tiga kilang terbabit.

Turut turun padang dalam operasi bersepadu itu ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Tan Cheng Choon.

Pengarah JAS Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata serbuan dibuat ke atas kilang mengitar semula bahan terpakai seperti plastik, minyak terpakai, sebuah, kilang berasaskan logam dan sebuah lagi, kilang disyaki membuat pengasingan sisa pepejal.

Sehingga 5 petang semalam, 248 kilang telah diperiksa menerusi operasi bersepadu berterusan.

125 kompaun melibatkan buangan terjadual dikeluarkan, 10 kompaun untuk efluen perindustrian manakala satu kompaun untuk loji kumbahan.

Selain itu, 59 notis arahan turut dikeluarkan, 11 perintah tahan operasi kelengkapan dan tiga bakal berdepan dengan syor tindakan mahkamah.

((RTM JOHOR / AQEELA))