Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

SPRM terima maklumat dakwaan kegiatan rasuah di Kuala Koh - Latheefa Koya

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM


KOTA BHARU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Latheefa Koya mengesahkan, pihaknya menerima maklumat berhubung dakwaan kemungkinan wujud kegiatan rasuah di Kampung Kuala Koh, Gua Musang.

Bagaimanapun, tiada kertas siasatan dibuka setakat ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu.
 
Baru-baru ini, 15 Orang Asli suku Batek dari Kampung Kuala Koh meninggal dunia akibat jangkitan wabak demam campak yang mengakibatkan radang paru-paru.

Beberapa pihak membuat laporan polis mendakwa ia disebabkan oleh pencemaran air Sungai Lebir namun dinafikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas menerima laporan daripada Kementerian Kesihatan ketika membuat tinjauan ke perkampungan tersebut.