Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Pindaan had umur belia : Satu pengiktirafan kepada belia

  • Published in Berita Semasa

 

PAGOH - Langkah kerajaan Johor tidak mengikuti had umur belia 15 hingga 30 tahun yang ditetapkan persekutuan dibimbangi akan memberi kesan kepada belia di negeri itu pada masa akan datang.

Ia termasuk pemberian bantuan-bantuan untuk gerakan belia kerana persatuan-persatuan belia tidak mematuhi undang-undang tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan had umur belia itu memberi pengiktirafan kepada golongan itu untuk melakukan gerak kerja orang muda di seluruh negara, selain boleh digunapakai di peringkat antarabangsa.

Beliau ditemui pemberita selepas meraikan bakal haji DUN Gambir di Pagoh, Muar.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berharap, kerajaan negeri Johor dapat bersama-sama terlibat dalam perlaksanaan had umur belia tersebut.

Beliau turut memberitahu bahawa undang-undang tersebut ada kepentingannya dan berharap kerajaan negeri dapat mematuhi keputusan dibuat Parlimen.