Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

PR1MA : KPKT sedia terima 13 bidang tanah ditawarkan kerajaan negeri Sarawak

  • Published in Berita Semasa

 

 

PARLIMEN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT sedia menerima 13 bidang tanah yang ditawarkan kerajaan negeri Sarawak untuk pembinaan rumah mampu milik.

Namun, jelas Menterinya Zuraida Kamaruddin, cadangan itu perlu diteliti terlebih dahulu supaya mengambil kira kesesuaian lokasi, demi kemudahan penduduknya.
Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Sibuti - Lukanisman Awang Sauni.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida memaklumkan, satu projek PR1MA, dengan kapasiti 912 unit kediaman, telah dilaksanakan di Sarawak.

Dua lagi projek melibatkan 1878 unit, ditangguhkan pembinaannya, untuk semakan semula.