Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Projek bina baharu rumah dan jalan : FELCRA telah dilantik sebagai agensi pembayar

  • Published in Berita Semasa

 


PARLIMEN - Semua dokumen tuntutan bayaran Projek Jalan Kampung yang telah diterima oleh pihak kementerian termasuk projek-projek di negeri Sarawak telah dikemukakan kepada pihak FELCRA bagi tujuan pembayaran.

Jelas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, FELCRA telah dilantik sebagai agensi pembayar bagi projek tersebut dan peruntukan telah disalurkan sepenuhnya kepada FELCRA untuk tujuan tersebut.

Jelas Datuk Seri Rina, pihak kementerian sentiasa mengemas kini dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan FELCRA dalam memastikan pembayaran itu dibuat.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.