Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Pembangunan dan kekayaan negara diagih lebih adil agar semua rakyat dapat merasainya

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Pembangunan dan kekayaan negara diagih lebih adil agar semua rakyat dapat merasainya.

Kuasa beli rakyat juga ditingkat, manakala jurang pendapatan dihapus.

Strategi-strategi Dasar Keusahawanan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat seiring dan berupaya membantu mengisi dan memenuhi cita-cita negara untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama itu.

Tegas Perdana Menteri, rakyat yang bersatu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya adalah asas kepada penyatuan Negara bangsa.

Malah Kemakmuran Bersama akan turut mempunyai agenda Bumiputera yang lebih tersasar.