Monday, August 19, 2019
updated 9:32 AM UTC, Aug 19, 2019

Tiada cadangan pembubaran Pertubuhan Peladang Negeri

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Tiada cadangan pembubaran Pertubuhan Peladang Negeri, PPN.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Salahuddin Ayub, pihaknya tidak menerima sebarang usul, surat atau dokumen mengenainya setakat pagi tadi.

Justeru struktur pentadbiran PPN kekal seperti sedia ada.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan ahli parlimen Rembau - Khairy Jamaluddin.

Mengulas isu kelewatan pelantikan Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Salahuddin berkata, urusan tersebut sudah 40% siap dan dijangka selesai sepenuhnya, minggu ini.