Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Tiada cadangan pembubaran Pertubuhan Peladang Negeri

  • Published in Berita Semasa

FOTO - GAMBAR HIASAN


PARLIMEN - Tiada cadangan pembubaran Pertubuhan Peladang Negeri, PPN.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, pihaknya tidak menerima sebarang usul, surat atau dokumen mengenainya setakat pagi tadi.

Justeru struktur pentadbiran PPN kekal seperti sedia ada.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Mengulas isu kelewatan pelantikan Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Salahuddin berkata, urusan tersebut sudah 40 peratus siap dan dijangka selesai sepenuhnya, minggu ini.