Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

UMS lakukan penyelidikan cari kaedah kurangkan penularan jangkitan TIBI

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Swiss German University (SGU) di Indonesia sedang menjalankan penyelidikan mengenai kaedah mengurangkan jangkitan penyakit Tibi atau tuberkulosis dalam usaha menangani peningkatan kritikal selain penularan penyakit tibi di Sabah.

Kerjasama penyelidikan bernilai RM400,000 ribu itu masing-masing mendapat pembiayaan geran sepadan UMS berjumlah RM200,000 ribu dan RM200,000 ribu daripada SGU bagi tempoh dua tahun bermula tahun ini.

Menurut Pengarah Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS, Dr. Zarina Amin, kerjasama ini hasil daripada pertemuan dalam Simposium Bioteknologi Antarabangsa anjuran UMS, tahun lalu.

Beliau menyatakan perkara tersebut kepada pemberita selepas Simposium Bioteknologi Antarabangsa Kali Ke-6 anjuran UMS dengan kerjasama Asian Federation of Biotechnology di Kota Kinabalu.