Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Projek ECRL : Tiada pengabaian mana-mana negeri

  • Published in Berita Semasa

FOTO HIASAN


PARLIMEN - Tiada pengabaian mana-mana negeri, sebaliknya jajaran baharu projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL akan memberikan pertumbuhan ekonomi kepada negeri terlibat.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, keputusan tidak meneruskan projek di beberapa stesen adalah kerana ia tidak memberi nilai pulangan besar kepada negara.

Keputusan tersebut diambil berdasarkan kajian teknikal yang dijalankan bersama pihak pemilik projek yang dilantik kerajaan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd. CCCC.

Beliau menjawab pertanyaan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Anthony Loke turut menjelaskan, tiada pengecualian skop komponen yang dilaksanakan bagi projek ECRL walaupun kosnya berkurangan daripada RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.

Melalui pengurangan kos RM21.5 bilion itu, perubahan hanya dilakukan bagi beberapa jajaran, selain pembatalan dan penambahan stesen stesen di lokasi baharu.