Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Kerajaan tidak bercadang memperkenal cukai karbon kepada pemain industri dalam masa terdekat

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang memperkenal cukai karbon kepada pemain industri dalam masa terdekat.

Jelas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin banyak tindakan dan inisiatif lain boleh dilakukan terlebih dahulu bagi mengurangkan pelepasan karbon, sebelum cadangan seumpama itu dilaksana.

Antara inisiatifnya termasuk meningkatkan kecekapan tenaga dari aspek penjimatan elektrik dalam bangunan yang sekaligus dapat mengurangkan kos dan pelepasan karbon.

Meski lebih banyak undang-undang berkaitan alam sekitar akan dikuatkuasa kementerian selepas ini, namun Yeo berpandangan, pihak industri tidak harus dibebankan, tanpa sebab munasabah.

Beliau berucap pada sesi dialog "Meja Bulat Tenaga Malaysia : Membentuk Masa Depan Landskap Tenaga Malaysia" di ibu negara.

Lebih 100 pemain industri menyertainya, yang membincangkan masa depan negara dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.