Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Kemalangan di tempat kerja tidak boleh dianggap kebiasaan

  • Published in Berita Semasa

 

PUTRAJAYA - Semua sektor pekerjaan digesa mengamalkan inisiatif "Vision Zero" dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, "Vision Zero" merupakan transformasi aspek pencegahan kemalangan yang menggabungkan elemen keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.

Jelas Kulasegaran, inisiatif itu diperkenal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) dan telah dilaksana di lebih 20 buah negara seluruh dunia.

Setakat ini, 170 syarikat di Malaysia telah mengamalkan inisiatif "Vision Zero" dan semua syarikat di negara ini diseru menyertai gerakan global itu secepat mungkin.

Beliau memaklumkannya dalam sidang media selepas merasmikan Vision Zero Malaysia sempena Persidangan "Vision Zero Malaysia 2019" di Putrajaya.

Kulasegaran turut mendedahkan tahun lepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerima 72,631 laporan kemalangan pekerjaan.

Daripada jumlah itu, 888 kes melibatkan kematian.