Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

AGONG : Lawatan khas selama 3 hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE)

  • Published in Berita Semasa

 

ABU DHABI- Rakyat Malaysia di luar negara perlu menjaga dan mengharumkan nama tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah setiap rakyat Malaysia yang berjaya dalam bidang masing-masing akan menjadi contoh kepada rakyat yang lain untuk memartabatkan nama negara di mata dunia.

Bertitah pada sesi majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Emirates Palace, Abu Dhabi bersempena dengan lawatan khas selama 3 hari ke Emiriah Arab Bersatu (#UAE), Sultan Abdullah mahu rakyat Malaysia di luar negara menjadi wakil Malaysia yang boleh dibanggakan.

Baginda turut mengharapkan rakyat Malaysia yang sudah berjaya agar dapat menabur bakti di tanahair dengan pengalaman yang dimiliki setelah melakar kejayaan di luar negara.

Pada majlis tersebut, baginda berkenan untuk beramah mesra dan dengan kira-kira 200 orang komuniti Malaysia yang berada di sekitar Abu Dhabi dan Dubai.

((RTM / Wartawan Sahzan Fazli Zainuddin))