Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB 2018) - PM

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepaskan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB 2018) di Perkarangan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Konvoi jelajah tersebut akan bermula pada 24 Mac hingga 1 Mei 2018.

Program aspirasi Datuk Seri Najib dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan menjelajah ke 28 lokasi utama melibatkan 92 parlimen, termasuk Sabah dan Sarawak, dengan matlamat mencari pelajar Bumiputera yang tercicir ke universiti atau kolej kemahiran berpeluang melanjutkan pelajaran.

JBP 2018 adalah kesinambungan kejayaan program jelajah terdahulu bermula dari tahun 2016 yang dianjurkan bersama Yayasan Destinasi Anak Bangsa (YDAB), Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dan Gerakan Belia 4B.

Konvoi kali ini melibatkan 100 orang sekretariat pemimpin muda dan pemimpin pelajar.

((RTM))