Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

PM Ucap Takziah Atas Kematian Stephen Hawking

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah atas kematian ahli fizik terkemuka dunia Stephen Hawking pada Rabu.

Dalam laman sosial Twitter , Datuk Seri Najib berkata ia merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti saintifik, namun legasi beliau akan terus hidup untuk generasi-generasi akan datang.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang

Dilaporkan Hawking, 76, yang merupakan warga Britain meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di Cambridge, utara London.

Hawking, tokoh legenda dalam sejarah fizik moden telah menghasilkan berapa karya yang laris tentang sains termasuk "A Brief History of Time," meskipun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda selepas diserang penyakit neuron motor pada 1963.

Beliau turut membuat penampilan khas dalam beberapa filem dan siri televisyen yang memaparkan topik berkaitan alam semesta yang disiarkan oleh Perkhidmatan Penyiaran Awam Amerika Syarikat (PBS) dan National Geographic Channel.

((BERNAMA))